CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 27, 2012


Sebuah kerusi ...
berkaki dan ada penyandarnya. Dpt duduk utk teruskn hidup, tiba2 tpt duduk jdi empuk, bagusss hidup ada peningktn dn perubahan, waaahh.....ropol2 pula lapik duduknya. 

Sekian lama duduk dgn empuk, cantik beropol, enak menyandar tiba2....yg empuk jdi nipis, ropol2 mula carik dan mengganggu betis di kaki, rimasss...tapi tk apa lah...tpt menyandar tetap ada menyokong badan yg kian let
ih, walaupun kdg kala yg disandar ada lekuk2 menusuk urat2 blkng bdn. 


Yg DUDUK mesti duduk, dia tetap duduk, empuk atau tidak, rimas dgn ropol2 ke tidak, yg duduk tetap duduk sambil melihat kerusi lain ada kusyen cntik hiasi kerusi. Kerusi ini tidak mempunyai kusyen...jgn kan byk, satu kusyen pun tiada utk menambah keselesaan dan keharmonian kerusi itu. 

Yg duduk tiada peluang utk berkusyen.....itulah kisah sebuah kerusi.

Wednesday, January 11, 2012

Anak...

Anak....
Baru sebentar tadi menonton Documentary Siti Nurhaliza. Hati ini terusik bila di akhir slot itu dia dengan penuh harapan berharap akan mempunyai anak dengan suaminya.
.....speechless!........hanya air mata yang bergenang.........

Tak pernah sekali pun aku meluahkan apa yang terbuku dihati tentang anak. Sebab..?!?!?
Perkara ini memang berat untuk aku fikirkan. Bila ia bermain di fikiran ,cepat-cepat aku alihkan fikiran ke tempat  lain kepada perkara lain.

Apa lagi nak aku tulis tentang ini.....dalam kepala ..hehehe macam -macam yang berlegar-legar untuk diluahkan. Tapi ..............biarlah ia terus berada dalam hati ini. Aku tidak mahu ia menjadi beban kepada orang-orang yang aku sayang. Aku tidak mahu mereka susah hati. Aku tidak mahu mereka risau. Selagi mereka melihat aku kuat, aku ketawa , dan aku gembira....mereka tidak akan susah hati.

Suami aku?!?! Biarlah hanya aku yang menghadapi nya. Hingga kini aku tahu dia sayangkan aku. Aku bersyukur..dia mengambil berat tentang aku. Tapi sampai bila......entahlah. Aku hanya berharap yang terbaik untuk aku dan dia. Bagaimanakah yang terbaik itu? Biar Allah yang menentu kan.

Aku?!?!? Akan tetap terus ..tidak akan menyusahkan hati orang-orang yang aku sayang. Aku akan kuat untuk mereka. Agar mereka tetap senang hati. Memang aku sudah biasa begitu...mungkin aku dilahirkan untuk menjaga mereka...dan itu yang aku rela dan sangat bangga lakukan.