CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 22, 2011

tetiba hati ini meluat!


Aduhai......sabar hati sabar! Jangan ambil kisah sangat..biarkanlah dulu. Sampai masanya kau ambil lah peluang untuk diri kau pulak. 
tapi memang bengang pun...ingat aku nih tunggul ke?!?!??!?!?! aku pun ada perancangan untuk diri aku juga, bukannya asyik memenuhi rancangan orang lain je....aduh meluat sungguh! 
Selama ini memang aku banyak diam je....hanya memerhati! memerhati kaduk yang dah mencanak-canak sombong naik junjung menyamakan diri dengan sirih berharga, tak sedar diri itu hanya asal di tanah tumbuh melata!
Susah melayan orang yang begini gayanya! Shut up ur mouth Linda! Just continue with what u want to do and ur planning! 

Thursday, July 21, 2011

Teringin nak masak best esok.

Hati menggedik nak masak hebat esok..hebat pada aku lah. Tapi nak masak apa aku pun tak tahu lagi. kena membelek belog masak-memasak orang lain untuk idea. 

Satu lagi kena lah mentelaah resepinya sebab rumah aku bukan banyak bahan masak pun. Kena lah membeli di pasar guaq esok pagi. 
Cik abang dah berangan nak berjogging esok. Haaaaa...esok kalau jadilah kami berjogging di gunung jerai , aku akan masuk kan pictures yea....boleh lah adik-adik di sana melihat kami berjogging hahahhhahhah! Kononnya!!!

So tunggu upload gambar masak n jogging KALAUUUUU jadiiii
hahahahahhah!!!!! 

                        


(gambar ambik daro Google..tak habaq nanti kena saman pulak!)

Hari ni saya memasak!

Kelakar kan...orang lain memasak hari2 tapi aku...sesekali je. Manalah nak pandai masak kalau macam tu. Tapi semenjak dua menjak ni agak rajin jugak aku memasak. Adalah perubahan diri yang menjurus ke arah kebaikan. 

Hari ni just goreng nasi dan buat ikan bilis kicap pedas tu je. Cik abang nak makan itu je...so senang je lah.
tengok belog orang lain tayang masak-memasak , terasa pulak diri ini yang tak reti nak masak ni menayang masak hari ini. Even senang, tapi janji aku  yang buat hehehhehhehe! Tak ciplak dari blog orang lain ok!

Yang kelakarnya ada request lain dari yang lain...hehehe masak maggi buat sayoq! Aku still tak berapa nak faham maksud 'sayoq' tu. Agaknya everything yang berkuah dan bukan merupa main dishes dipanggil 'sayoq'. aku tanya pada cik abang n mother dia, pun tak leh nak jelas kan pada aku so......aku buat2 faham sendiri jelah. 

Jadi hari ni kami berdua makan nasi goreng bok choy dengan ikan bilis kicap pedas termasuk juga maggi kari. Kenyanggggg!


ni lah ikan bilis kicap pedas. 


nasi goreng bok choy hahahhhahaha nampak tak bermaya , sebab tak de cabai hidup nak hias!

maggi tak yah lah tayang !!!


Selamat Tinggal AFD 1626..!!! hUKK,,,HUK..HUKK!

19 JULAI 2011 bersama dengan hari SELASA

kami telah berpisah dengan harta sepencarian pertama kami suami isteri bersama. Setelah 6 tahun bersama akhirnya dengan agak sedih dan berat hati kami menyerahkannya pada orang lain. 

Jika tidak kerana hal yang menyakitkan hati aku semasa ke Melaka yang lalu. Tidak mungkin aku dan cik abang mahu berpisah dengannya. Perancangan asalnya aku ingin menyimpan selamanya, kerana banyak kenangan kami berdua untuk mendapatkan nya. Punya lah susah payah untuk mendapatkannya macam2 hal! 

Sebab itulah kami tidak mahu berpisah dengan nya, tapi banyak kali juga dia tidak menjaga kami sebagaimana kami menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Terutama cik abang aku yang beria-ria menjaga nya.
Sedih juga semasa membawanya untuk diserahkan kepada orang lain. Sedih melihatnya dari belakang. ADuhaiiiiiii hati oh hati..!!!!


sedih melihatnya..


miss you..

saat terakhir di porch rumah kami.........huk!


saat meninggalkan rumah...


keluar dari taman ..mengekori dari belakang sampai ke alor setar sangat menyedihkan.


posing last cik abang dengan buah hati nya!

dah nak jual pun tuan kau still isikan minyak. Sayang sungguh dia pada kau ..tapi kau tak jaga tuan! Huuhuhuhu!



last pictures of both of them!
Abang and adik!


saat2 nak dihantar kepada yang membeli...


that man bought him! huhuhuhu..nak balik kami lalu sekali lagi , ingatkan nak tengok buat kali terkahir...rupa-rupanya dah tak de kat sini!!!! dah di bawa oleh that man kemana entah! sedih gilerrrr time tuuu!!!!
Benda pertama semuanya special..!!

Kenapa tak de pic aku?!?!? Aku tak nak sebab nanti sedih lagi teruk! HUhuhuuhuh!


Kaduk Naik Junjung!


Susahkan bila kaduk yang dulu hanya melata ditanah yang tidak mengerti apa , tetapi kini sudah mula naik junjung makin lupa tanah buminya. 

Mata yang melihat mula berasa sakit, hati yang merasa mula terasa geram, mulut yang bercakap mula berbunyi sinis,namun kaduk tetap kaduk yang lama yang tidak dapat menyembunyikan asal usulnya walaupun berada jauh di junjungan. Terasa diri tinggi menjulang sampaikan menutup sebelah mata kepada asalnya yang masih melata ditanah. Di hatinya mahu berada setanding dengan sirih yang sudah di ketahui ramai nilai harganya.

Kaduk hanya parasit yang melata memaut pohon lain untuk terus hidup. Melata di tanah juga merimbun bagaikan rimba. Mana mungkin kaduk itu disamakan dengan sirih yang sangat bernilai tinggi dan dipelihara dengan penuh teliti. Membanding diri kaduk dengan sirih?!?!?  kaduk mencanak-canak naik ke atas hingga lupa tanah di bumi. Kaduk Memang Lupa Diri! Jauh mcam langit dan bumi nilai antara dua benda bernyawa itu. Walau hakikatnya kaduk punyai nilai tersendiri tapi bila junjungan tinggi yang di cari maka nilai kaduk makin sipi-sipi.

Sedarlah kaduk..tempat mu bukan di atas junjungan...bila semakin jauh kaduk memanjat, semakin jauh dari pangkalnya, semakin kurang galian yang mampu diserap , batang makin lemah, daun makin layu...akhirnya kaduk mati di junjungan!!!! 

Thursday, July 14, 2011

Anak-anak ku untuk tahun ini.


Marah  macamana pun mereka inilah pengarang jantung hati aku!
mencabar sungguh dengan mereka ini!









Beringat lah LINDA!

12 tahun aku menjadi guru. Aku memang cikgu yang garang. Sebab dah keturunan aku memang garang-garang belaka. So mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Tapi aku garang bukanlah sampai teruk anak orang aku kerjakan.

Kes nya hari ini.......cikgu di sekolah aku sendiri marah sebab aku tengking anaknya. Memula tu aku hangin jugak....kecut perut pun ada juga. Maklumlah baru pertama kali kejadian begini jadi pada aku. Selama ini memang aku terkenal dengan kegarangan aku. Tapi kerana sikap garang aku ni memudah sekolah dan kawan-kawan aku untuk mengawal murid-murid lain.

Jadi bila aku tahu cikgu itu marah dan meninggikan suara nya sambil berkata "Melampau cikgu Linda ni, nak kena saman dah nih." dengan cukup serius dia berkata. Namun dia tidak datang kepada aku ,cuma marah-marah  di luar kelas. Aku pula di dalam kelas sedang marahkan anaknya tidak tahu menahu pun cikgu itu sedang marah berapi. Tambahan pula aku denda anaknya untuk duduk di koridor untuk menyudahkan kerja rumah yang aku berikan. Ini kali ketiga aku mendendanya begini. Salahkah?

Memang suara cukup kuat memarahi anaknya. Salahkah? Aku tidak membezakan anak murid aku. Aku tidak kira anak siapa pun jika salah tetap sama layanan aku. Tidak pula , kalau anak cikgu aku kurangkan hukuman tapi kalau anak orang kampung aku herdik marah macam orang gila. Tidak! Pada aku sama saja, mereka tetap anak kecil yang perlu di bimbing dan di marahi jika membuat kesilapan. Bukan aku membuta tuli terus memarahi dan menengking dia tapi berlembut dan menasihatkan dia terlebih dahulu. Sudah tiga kali anak itu aku tangkap tidak menyudahkan kerja rumah. Hari ini dia menipu pula mengatakan bukunya tidak di bawa. Bila di periksa begnya.....ada pula buku yang tidak siap itu! Jadi salahkan aku memarahinya?!?!?

Terus terang aku berasa keliru! Aku salah agaknya?!?!?! Sebab aku garang sangat....Ye ke? Haiii...entah lah.

Takut kah aku?!!?!? Aku akui sedikit takut, risau dan gusar. Takut juga kalau cikgu itu datang dan menyerang aku. Aku perempuan, dia lelaki.. Memang lah dia selama orang kata cikgu itu jenis slow , susah nak marah, cakap pun perlahan......sebab kan krateria dia itulah yang buat aku terfikir...aku yang bersalah kot. Sebab tak menjaga air muka dia sebagai cikgu di sekolah itu, senang2 saja aku menengking anaknya. Malulah dia kot...jatuh maruah dia sebagai cikgu lelaki. Mungkin juga... Atau dia memang ada masalah. Bila aku buat begitu bertambah lah serabut kepala dia ...itu yang tak tertahan lagi sabar dia...terus meninggikan suara walau pun hanya dia belakang aku. Baik juga lah dia melepas kan marah dia dengan cara begitu.....baik untuk aku.

Allah bagi kesedaran untuk aku mengawal marah aku agar tidak terlajak marah lain kali. Kena beringat siapa yang aku hendak marah..mungkin aku kena ambik kira air muka kawan2 dia sekolah ....tapi........anak kawan2 lain pun aku marah juga tapi tidak lah mereka bertindak begitu. lagi mereka menggalakkan adalah....sebab senang hendak mengawal anak mereka yang kadang kala agak manja di rumah. aku boleh jugalah jadi tempat membantu mereka.Tapi kali ini lain pula.....mungkin kerana cikgu datang dari latar belakang yang berlainan dengankami semua. Mungkin! Di tempat dia semua orang berbicara lemah lembut, tapi aku pulak bercakap macam halilintar.

entah.....cuma satu doa aku. Semoga semuanya akan baik dan kembali seperti sedia kala kelak. Aku tidak mahulah bermasam muka, dan tidak bertegur sapa dengan rakan sekerja yang kita akan berjumpa setiap hari. Tak seronok bekerja. Dan satu lagi aku harap ini akan jadi pengajaran buat aku, dan aku sentiasa beringat bukan semua orang boleh terima cara aku mendidik.

beringat lah LINDA!

Thursday, July 7, 2011

Merisik dan meminang yang baru...

Huiiii......tajuk entri menakut kan sungguh! Takkan suami aku nak kahwin lain kot..?!?!? Hehehehhe....kalau betoi, ate apa gila aku nak post kat blog pulak? huiiishhhhh....mesti aku meraung giler!!!!!! So bukan cik abang aku yang gatai nak kahwin ye...!

Ni cerita merisik dan meminang sesuatu yang baru! Hahahaahhah merujuk kepada entri yang lalu, adalah dimaklumkan......huiiiii mcm tulis surat rasmi tu weh!!!!!

Kalau tiada aral melintang minggu depan rasmilah aku mendapat 'madu' baru setelah 'madu' lama diceraikan! kerana membuat hal, byk sgt meminta-minta, menyusahkan aku!!!! aku nyah kan nye! hehehehehehe dasat aku kan, huihhh bunyi mcm iron lady je! tapi kalau betoi mampus aku weh....! merana tuh!
hishh simpang malaikat 44!

so apa2 pun next entri aku nanti akan ku umumkan 'madu' baru ku! huhuuhu suka la suami aku tuh!