Susahkan bila kaduk yang dulu hanya melata ditanah yang tidak mengerti apa , tetapi kini sudah mula naik junjung makin lupa tanah buminya.
Mata yang melihat mula berasa sakit, hati yang merasa mula terasa geram, mulut yang bercakap mula berbunyi sinis,namun kaduk tetap kaduk yang lama yang tidak dapat menyembunyikan asal usulnya walaupun berada jauh di junjungan. Terasa diri tinggi menjulang sampaikan menutup sebelah mata kepada asalnya yang masih melata ditanah. Di hatinya mahu berada setanding dengan sirih yang sudah di ketahui ramai nilai harganya.
Kaduk hanya parasit yang melata memaut pohon lain untuk terus hidup. Melata di tanah juga merimbun bagaikan rimba. Mana mungkin kaduk itu disamakan dengan sirih yang sangat bernilai tinggi dan dipelihara dengan penuh teliti. Membanding diri kaduk dengan sirih?!?!? kaduk mencanak-canak naik ke atas hingga lupa tanah di bumi. Kaduk Memang Lupa Diri! Jauh mcam langit dan bumi nilai antara dua benda bernyawa itu. Walau hakikatnya kaduk punyai nilai tersendiri tapi bila junjungan tinggi yang di cari maka nilai kaduk makin sipi-sipi.
Sedarlah kaduk..tempat mu bukan di atas junjungan...bila semakin jauh kaduk memanjat, semakin jauh dari pangkalnya, semakin kurang galian yang mampu diserap , batang makin lemah, daun makin layu...akhirnya kaduk mati di junjungan!!!!


0 comments:
Post a Comment