Orang mcm aku boleh memerhati dan membanding dalam diam. Sebab aku lain dari mereka. Kenapa aku lain...adalah ..heheh!
Bila aku berlainan...aku boleh membanding!
Perkaranya sangat simple....
Situasi 1: Seorang opah menyatakan tekaknya berasa haus. Di sekelilingnya ada anak cucu...ramai.
Sadisnya: Tiada seorang pun yang mahu bangun untuk mengambilkan air untuk opahnya. Mahupun cucu atau pun anaknya yang sudah menjangkau pertengahan usia itu. Si anak yang sudah beranak pinak itu , tidak pula meminta anaknya (si cucu2) untuk mengambil air utk opah mereka.
Akhirnya : Si opah memerhati sekeliling , ada sebotol air yang setengah penuh di atas meja. di tanya air siapakah itu? tiada siapa yang tahu....lalu si anak berkata " Eloklah tu kot...minum je lah air tu." Maka si opah tadi terus minum.
Situasi 2: Anak-anak berusia 3 hingga 10 tahun bermain di dalam rumah yang mengadakan keramaian. Melompat diatas kerusi. Hampir rosak perkakasan rumah .Bersepah rumah orang dibuatnya.
Sadisnya: Tiada seorang pun mahu melarang atau menegur. Mak bapak pak cik makcik sepupu? langsung tiada respon, membiarkan sahaja! Kenyataan yang keluar " budak2 memang mcm tu...budak aktif bagus!"
Akhirnya: Tertumpah air dan bubur di atas sofa tuan rumah. Tuan rumah? Nak kata apa....bukankah ini hari keramaian yang dia sendiri anjurkan. Tiada juga tindakan dari mak ayah untuk mengelap atau mencuci tangan anak mereka. Tuan rumah juga yang mengelapnya.
Situasi 3: Ada yang cedera, perlu perhatian. Perlukan tindakan segera.
Sadisnya :tiada siapa yang benar-benar nak bertindak dengan betul hanya acuh tak acuh. malahan kata2 yang keluar dari mulut juga seolah-olah mempermainkan org sakit itu. Hanya yang terdekat sahaja yang risau. Yang lain hanya mempermainkan, alasan untuk tidak menegangkan suasana. Itu salah! Orang sakit perlu perhatian dan tindakan yang betul, agar selamat! Bukan dipersendakan!
Akhirnya: Orang yang memberikan perhatian dan tindakan , dipandang....beria!aduhhhhh!!!!!!!
Situasi-situasi ini membawa ingatan aku kepada MAK. Mak aku ajar aku dengan sangat baik. Kami dibekalkan dengan didikan yang sangat bermakna untuk diperturunkan kepada generasi seterusnya. Berbeza sungguh........Alangkah indah didikan mak untuk Linda, mak! Anak mak boleh membanggakan mak hanya dengan hasil didikan mak, tak perlu duit ringgit yang berkepuk-kepuk ditabur, disogok untuk mendidik anak, cukup hanya didikan dan perasaan kasih sayang dan pandai menghargai orang lain.
Tidak perlu duit untuk membuatkan kami tujuh beradik sayangkan mak. Tak perlu menjanjikan kebendaan untuk kami menuruti arahan dan larangan mak. Cukup dengan tanggungjawab yang telah mak laksanakan dengan menjaga, mendidik, membesar dan menyayangi kami. Kami amat sayang mak! Terima kasih abah!
Garang mak abah membawa erti yang besar pada kami tujuh beradik! Linda juga boleh menjadi kakak sulung yang sangat menyayangi adik-adik. Linda juga berusaha sedaya upaya menunaikan tanggungjawab sebagai kakak sulung dengan sebaik mungkin. Semua hasil didikan mak abah. Biarlah anak2 sedara Linda dapat didikan seperti kami. Biarlah susah dulu....tapi kita senang kemudian dan sedar diri dan pandai menghargai.
Linda harap kami tujuh beradik dapat membuatkan mak rasa bangga sebagai mak kami!