CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

Lega...Kelakar..Lega...Bengong....Lega..!

Tak tau mana nak mula.....tapi satu perkataan yang sesuai utk saat ini ialah..LINDA LEGA, ABAH!!!! Abah?!?! heheheh dah jadi habit aku kalau ada masalah aku akan ingat abah. Abah jadi tempat aku mengadu, walaupun abah dah tak de, tapi kalau aku susah hati mesti aku cakap sensorang seolah-olah aku ngadu kat abah. Haaaii......entahlah hehehhehe!


Ok berbalik pada cerita yang membuat aku lega gila ni! Main point...pointer aku teruk! Macam orang bodoh gila pointer aku! memang aku rasa aku bodoh giler lah! Tapi kalau disingkap situasi sebenar....aku rasa aku memang PANDAI! Cuma...aku malas! Memang MALAS! heheheheh....teruklah ko linda! So bila pointer sudah teruk aku ....kena lah TERTAHAN 1. Yang mengakibatkan aku hanya boleh ambil 4 subjek sahaja, sedangkan aku ada 6 subjek yang belum diambil. Oleh demikian itu, memang aku dah sedia mental dan fizikal yang aku ni confirm akan kena extend lagi satu sidang yakni setahun. Teruk nye ko lindaaaaaa!!!! Ye ke aku teruk? Aku bukan teruk tapi aku malas! Aku bukan bodoh tapi aku tak reti buat banyak kerja dalam satu masa! LOMBAB yo la...! tapi bukan BODOH! hehehehehehehe! 


Nak cantik lagi cerita aku kena daftar lah....sidang akademik tahun 4. Dah aku confius nak ambik 4 subjek tu...subjek yang mana? Adddduuuuhhh...............!!!!!! Cam mana yek? Dateline daftar subjek esok nih! 21hb Jun huhuhuuhu........"Telefon Pengerusi Rancangan" kata penolong pendaftar subjek kat USM tu. Dengar je ayat tu...aku terkedu!! Penolong Pendaftar Rancangan...hhehehe Dr AZMAH!!! Mampus aku! Berdarah lah telinga aku mcm nih. Malu lagi...Takit lagi...Gila laaa...!!! By this time memang aku menyesal. Org lain menyesal time dapat result teruk , tapi aku....menyesal sebab kena call AZMAH! huhuhuhuh


Nak tak nak, aku kena call....nak habih study ke tidak wahai LNDA HUSSIN!?!?! empat kali aku call tak dapat! releks sattt......call yang kelima dia angkat! terkedu aku seketika nak nyusun ayat! Tapi suara ok je.....ok lah tu :)  Bila diterangkan situasi aku nih....dia komen:
EH SAYA TENGOK RESULT AWAK DEPAN SKRIN SAYA NI TIDAK LAH TERUK SGT. CUMA SUBJEK MINOR AWAK SAJA YANG JATUHKAN POINTER AWAK. 
waaaaaah.....rasa diri pandai pulak dah!!!! DR AZMAH cakap mcm tu ....pensyarah yang kedekut markah, yang membebel kalau assigmnet tak ikut syarat dia.., yang kalau tulis nota kaki kat assigment salah buh koma je, pun potong markah.......boleh kata gitu! kOMBANG aku wehhh! 
AWAK TAK DE MASALAH LAH NAK TERUS KAN SEMUA SUBJEK . 
pulakkk?!?!?!?! bila aku fikir dlm  masa 2minit tu.....aku decide 
DR,SAYA RELA EXTEND SETAHUN LAGI DARI RISIKO TAK DAPAT NAIKKAN POINTER THEN KENA TERTAHAN 2 PULAK. BIAR SAYA BUAT SIKIT2 DARI HABIS SEMUA TERUK RESULT KEMUDIAN NANTI. 
dia pulak terkejut......but she good! bagi aku adviced apa yang perlu dan tidak...dan bagi aku -ve or +ve sesuatu tindaklan yang aku buat. 


Dan yang paling kelakar tu.....bila dia tanya pasal MUET, aku kata hujung tahun ni baru nak ambik. Dah aku ada problem lain pulak! Problem yang paling kelakar! 
EH. SAYA TENGOK RESULT ENGLISH AWAK SGT BAIK. 'A' SETIAP TAHUN....LAA KALAU MUET AWAK DAPAT BAND 4, 5 ATAU 6 , AWAK KENA AMBIK SUBEJK ENGLISH 402 YANG LEBIH TINGGI! 
laaaaaaaaa.....pulak dah!!!! orang lain masalah english tak elok, tak dapat iktiraf ijazah! yang aku A english pun ada masalah jugak! hishhh linda !!!! lindaaaaa..! pelik lah ko ni! 


KALAU AWAK TAK AMBIK ENG402 NANTI IJAZAH AWAK AKAN DITAHAN KERANA AWAK TAK CUKUP SYARAT. JIKA MUET AWAK DAPAT BAND 4, 5 ATAU 6. 


dengan selamba aku kata...KALAU SAYA DPAT BAND 1,2 atau 3???


AWAK TAK DE MASALAH LA> TAK PERLU AMBIL ENG402 TU.


hahahahahhhahhahaha adik aku jua...nangis2 sebab dapat MUET teruk! (AKU pun tak dapat terima hakikat muet dia teruk sebab ENGLISH paling hebat engliash dia lah) tapi aku....kena dapat kan muet band 1, 2 atau 3 sahaja. Sebab aku malas nak ambik ENG402 tu! huhuhuhuhu ! LINDA....LINDA....!!! mcm mcm hal lah ko ni! 
SO keputusan nya....TH4 ni aku hanya daftar 4subjek. Aku tak buat projek tahun ni...sebab aku nak buat projek tahun depan. Biarlah sorang-sorang asalkan aku dapat concentrate naikkan pointer. Orang ijazah 4tahun , aku ijazah 5tahun! Org kata boleh buat 4th saja ko tak nak terima tawaran tu. 
 hehehehhheheh ....memang ko ni pelik. 


Bukan aku tak mahu terima, tapi ...aku tahu bagaimana dan setakat mana kemampuan dan kecerdasan otak aku untuk menghadapi banyak perkara dalam satu masa. Biar lah aku berdikit, biarlah orang nak kata aku ni tak pandai, biarlah orang nak kata , aku ni tak malu, atau pun....orang nak kata aku membazir masa dan duit tapi......asalkan aku dapat buat ikut apa yang aku mampu. Dan dapat perbaiki mana yang kurang . dan suami aku tak keberatan untuk aku sambung setahun lagi. Aku ...bersyukur. 


Sesungguhnya...Allah itu amat menyayangi aku. Aku bukan lah hambaNya yang sangat 'baik' , tetapi Allah itulah sentiasa melindungi dan memberi peluang untuk aku keluar dari apa jua masalah. 
Kata orang, Allah hanya menduga orang yang boleh mengatasi dugaan itu. Dan Allah menyayangi orang yang menerima dugaanNya. Dengan dugaan yang aku hadapi dari dulu hingga detik ini...aku sering tertanya....setakat mana kah kemampuan aku itu?? Aku akan hadapi apa jua dugaan dari Nya. 


Satu lagi....aku amat bersyukur kerana aku menguatkan diri aku untuk call Dr Azmah sebentar tadi. Jika aku tak call dia....aduhh mesti aku pulun nak bagi muet band bagus punya. hehehehe ! Dan Dr AZMAH itu bukan seperti yang di gembar gemburkan...dia tidak garang, dia tidak tengking, dia tidak tinggi kan suara. dia tidak membebel, malah dia mendengar dan memberi pendapat yang sewajarnya dari seorang pensyarah! Hey...she's good laaaa!!!! Baik ! Dan honestly...aku mengamalkan sikap berterus terang dengan dia......hinggakan aku cakap "TERIMA KASIH BYK2 DR. SEBENAR SAYA TAKUT SGT NAK CALL DR. SEBAB ORANG CAKAP DR GARANG. SAYA KETAQ NAK TELEFON DR SAT TADI. DAH LAH DENGAN RESULT SAYA YANG TERUK NI."
kesian dia.....mengucap panjang! kemudian dengar dia gelak ketawa. aku memang lega sesgt. bersyukur sgt2 . sebab aku call dia! aaahhhh..............! hanya Allah yang tahu setakat mana kelegaan aku ini ! 
Dia siap boleh puji aku sebab masa tahun2 aku score subjek dia. hahahahah memang pun! aku takut gila dengan subjek dia sebab orang kata dia cerewet gila! tapi...tak lah seperti yang orang cakap tu. 


Itulah cerita aku hari ini. satu tindakan yang membawa kepada ...perubahan yang baik untuk aku! Terima kasih DR AZMAH. Terima kasih , ABANG! dan sesungguh nya aku amat berterima kasih pada Mu Ya Allah. Amin~
'

0 comments:

Post a Comment