CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 26, 2011

Aaayyoooo.....Work Smart NOT Work Hard la ! Kan ke awk tu cikgu!!! aduhai !

Setelah 3 hari ...heheheh byk yang diperhati dan terpendam di dalam hati. Nak tergelak pun ada , nak pi tampaq pala depa pun ada, nak pi ambik alih microphone tu pun ada gak...hahahaha hang memang poyo lah Linda!


Yelah nak buat mcm mana...dah benda senang pun depa pikiaq payah nak buat hapa!!! Yanadeeee!!!!

Friday, July 22, 2011

tetiba hati ini meluat!


Aduhai......sabar hati sabar! Jangan ambil kisah sangat..biarkanlah dulu. Sampai masanya kau ambil lah peluang untuk diri kau pulak. 
tapi memang bengang pun...ingat aku nih tunggul ke?!?!??!?!?! aku pun ada perancangan untuk diri aku juga, bukannya asyik memenuhi rancangan orang lain je....aduh meluat sungguh! 
Selama ini memang aku banyak diam je....hanya memerhati! memerhati kaduk yang dah mencanak-canak sombong naik junjung menyamakan diri dengan sirih berharga, tak sedar diri itu hanya asal di tanah tumbuh melata!
Susah melayan orang yang begini gayanya! Shut up ur mouth Linda! Just continue with what u want to do and ur planning! 

Thursday, July 21, 2011

Teringin nak masak best esok.

Hati menggedik nak masak hebat esok..hebat pada aku lah. Tapi nak masak apa aku pun tak tahu lagi. kena membelek belog masak-memasak orang lain untuk idea. 

Satu lagi kena lah mentelaah resepinya sebab rumah aku bukan banyak bahan masak pun. Kena lah membeli di pasar guaq esok pagi. 
Cik abang dah berangan nak berjogging esok. Haaaaa...esok kalau jadilah kami berjogging di gunung jerai , aku akan masuk kan pictures yea....boleh lah adik-adik di sana melihat kami berjogging hahahhhahhah! Kononnya!!!

So tunggu upload gambar masak n jogging KALAUUUUU jadiiii
hahahahahhah!!!!! 

                        


(gambar ambik daro Google..tak habaq nanti kena saman pulak!)

Hari ni saya memasak!

Kelakar kan...orang lain memasak hari2 tapi aku...sesekali je. Manalah nak pandai masak kalau macam tu. Tapi semenjak dua menjak ni agak rajin jugak aku memasak. Adalah perubahan diri yang menjurus ke arah kebaikan. 

Hari ni just goreng nasi dan buat ikan bilis kicap pedas tu je. Cik abang nak makan itu je...so senang je lah.
tengok belog orang lain tayang masak-memasak , terasa pulak diri ini yang tak reti nak masak ni menayang masak hari ini. Even senang, tapi janji aku  yang buat hehehhehhehe! Tak ciplak dari blog orang lain ok!

Yang kelakarnya ada request lain dari yang lain...hehehe masak maggi buat sayoq! Aku still tak berapa nak faham maksud 'sayoq' tu. Agaknya everything yang berkuah dan bukan merupa main dishes dipanggil 'sayoq'. aku tanya pada cik abang n mother dia, pun tak leh nak jelas kan pada aku so......aku buat2 faham sendiri jelah. 

Jadi hari ni kami berdua makan nasi goreng bok choy dengan ikan bilis kicap pedas termasuk juga maggi kari. Kenyanggggg!


ni lah ikan bilis kicap pedas. 


nasi goreng bok choy hahahhhahaha nampak tak bermaya , sebab tak de cabai hidup nak hias!

maggi tak yah lah tayang !!!


Selamat Tinggal AFD 1626..!!! hUKK,,,HUK..HUKK!

19 JULAI 2011 bersama dengan hari SELASA

kami telah berpisah dengan harta sepencarian pertama kami suami isteri bersama. Setelah 6 tahun bersama akhirnya dengan agak sedih dan berat hati kami menyerahkannya pada orang lain. 

Jika tidak kerana hal yang menyakitkan hati aku semasa ke Melaka yang lalu. Tidak mungkin aku dan cik abang mahu berpisah dengannya. Perancangan asalnya aku ingin menyimpan selamanya, kerana banyak kenangan kami berdua untuk mendapatkan nya. Punya lah susah payah untuk mendapatkannya macam2 hal! 

Sebab itulah kami tidak mahu berpisah dengan nya, tapi banyak kali juga dia tidak menjaga kami sebagaimana kami menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Terutama cik abang aku yang beria-ria menjaga nya.
Sedih juga semasa membawanya untuk diserahkan kepada orang lain. Sedih melihatnya dari belakang. ADuhaiiiiiii hati oh hati..!!!!


sedih melihatnya..


miss you..

saat terakhir di porch rumah kami.........huk!


saat meninggalkan rumah...


keluar dari taman ..mengekori dari belakang sampai ke alor setar sangat menyedihkan.


posing last cik abang dengan buah hati nya!

dah nak jual pun tuan kau still isikan minyak. Sayang sungguh dia pada kau ..tapi kau tak jaga tuan! Huuhuhuhu!



last pictures of both of them!
Abang and adik!


saat2 nak dihantar kepada yang membeli...


that man bought him! huhuhuhu..nak balik kami lalu sekali lagi , ingatkan nak tengok buat kali terkahir...rupa-rupanya dah tak de kat sini!!!! dah di bawa oleh that man kemana entah! sedih gilerrrr time tuuu!!!!
Benda pertama semuanya special..!!

Kenapa tak de pic aku?!?!? Aku tak nak sebab nanti sedih lagi teruk! HUhuhuuhuh!


Kaduk Naik Junjung!


Susahkan bila kaduk yang dulu hanya melata ditanah yang tidak mengerti apa , tetapi kini sudah mula naik junjung makin lupa tanah buminya. 

Mata yang melihat mula berasa sakit, hati yang merasa mula terasa geram, mulut yang bercakap mula berbunyi sinis,namun kaduk tetap kaduk yang lama yang tidak dapat menyembunyikan asal usulnya walaupun berada jauh di junjungan. Terasa diri tinggi menjulang sampaikan menutup sebelah mata kepada asalnya yang masih melata ditanah. Di hatinya mahu berada setanding dengan sirih yang sudah di ketahui ramai nilai harganya.

Kaduk hanya parasit yang melata memaut pohon lain untuk terus hidup. Melata di tanah juga merimbun bagaikan rimba. Mana mungkin kaduk itu disamakan dengan sirih yang sangat bernilai tinggi dan dipelihara dengan penuh teliti. Membanding diri kaduk dengan sirih?!?!?  kaduk mencanak-canak naik ke atas hingga lupa tanah di bumi. Kaduk Memang Lupa Diri! Jauh mcam langit dan bumi nilai antara dua benda bernyawa itu. Walau hakikatnya kaduk punyai nilai tersendiri tapi bila junjungan tinggi yang di cari maka nilai kaduk makin sipi-sipi.

Sedarlah kaduk..tempat mu bukan di atas junjungan...bila semakin jauh kaduk memanjat, semakin jauh dari pangkalnya, semakin kurang galian yang mampu diserap , batang makin lemah, daun makin layu...akhirnya kaduk mati di junjungan!!!! 

Thursday, July 14, 2011

Anak-anak ku untuk tahun ini.


Marah  macamana pun mereka inilah pengarang jantung hati aku!
mencabar sungguh dengan mereka ini!









Beringat lah LINDA!

12 tahun aku menjadi guru. Aku memang cikgu yang garang. Sebab dah keturunan aku memang garang-garang belaka. So mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Tapi aku garang bukanlah sampai teruk anak orang aku kerjakan.

Kes nya hari ini.......cikgu di sekolah aku sendiri marah sebab aku tengking anaknya. Memula tu aku hangin jugak....kecut perut pun ada juga. Maklumlah baru pertama kali kejadian begini jadi pada aku. Selama ini memang aku terkenal dengan kegarangan aku. Tapi kerana sikap garang aku ni memudah sekolah dan kawan-kawan aku untuk mengawal murid-murid lain.

Jadi bila aku tahu cikgu itu marah dan meninggikan suara nya sambil berkata "Melampau cikgu Linda ni, nak kena saman dah nih." dengan cukup serius dia berkata. Namun dia tidak datang kepada aku ,cuma marah-marah  di luar kelas. Aku pula di dalam kelas sedang marahkan anaknya tidak tahu menahu pun cikgu itu sedang marah berapi. Tambahan pula aku denda anaknya untuk duduk di koridor untuk menyudahkan kerja rumah yang aku berikan. Ini kali ketiga aku mendendanya begini. Salahkah?

Memang suara cukup kuat memarahi anaknya. Salahkah? Aku tidak membezakan anak murid aku. Aku tidak kira anak siapa pun jika salah tetap sama layanan aku. Tidak pula , kalau anak cikgu aku kurangkan hukuman tapi kalau anak orang kampung aku herdik marah macam orang gila. Tidak! Pada aku sama saja, mereka tetap anak kecil yang perlu di bimbing dan di marahi jika membuat kesilapan. Bukan aku membuta tuli terus memarahi dan menengking dia tapi berlembut dan menasihatkan dia terlebih dahulu. Sudah tiga kali anak itu aku tangkap tidak menyudahkan kerja rumah. Hari ini dia menipu pula mengatakan bukunya tidak di bawa. Bila di periksa begnya.....ada pula buku yang tidak siap itu! Jadi salahkan aku memarahinya?!?!?

Terus terang aku berasa keliru! Aku salah agaknya?!?!?! Sebab aku garang sangat....Ye ke? Haiii...entah lah.

Takut kah aku?!!?!? Aku akui sedikit takut, risau dan gusar. Takut juga kalau cikgu itu datang dan menyerang aku. Aku perempuan, dia lelaki.. Memang lah dia selama orang kata cikgu itu jenis slow , susah nak marah, cakap pun perlahan......sebab kan krateria dia itulah yang buat aku terfikir...aku yang bersalah kot. Sebab tak menjaga air muka dia sebagai cikgu di sekolah itu, senang2 saja aku menengking anaknya. Malulah dia kot...jatuh maruah dia sebagai cikgu lelaki. Mungkin juga... Atau dia memang ada masalah. Bila aku buat begitu bertambah lah serabut kepala dia ...itu yang tak tertahan lagi sabar dia...terus meninggikan suara walau pun hanya dia belakang aku. Baik juga lah dia melepas kan marah dia dengan cara begitu.....baik untuk aku.

Allah bagi kesedaran untuk aku mengawal marah aku agar tidak terlajak marah lain kali. Kena beringat siapa yang aku hendak marah..mungkin aku kena ambik kira air muka kawan2 dia sekolah ....tapi........anak kawan2 lain pun aku marah juga tapi tidak lah mereka bertindak begitu. lagi mereka menggalakkan adalah....sebab senang hendak mengawal anak mereka yang kadang kala agak manja di rumah. aku boleh jugalah jadi tempat membantu mereka.Tapi kali ini lain pula.....mungkin kerana cikgu datang dari latar belakang yang berlainan dengankami semua. Mungkin! Di tempat dia semua orang berbicara lemah lembut, tapi aku pulak bercakap macam halilintar.

entah.....cuma satu doa aku. Semoga semuanya akan baik dan kembali seperti sedia kala kelak. Aku tidak mahulah bermasam muka, dan tidak bertegur sapa dengan rakan sekerja yang kita akan berjumpa setiap hari. Tak seronok bekerja. Dan satu lagi aku harap ini akan jadi pengajaran buat aku, dan aku sentiasa beringat bukan semua orang boleh terima cara aku mendidik.

beringat lah LINDA!

Thursday, July 7, 2011

Merisik dan meminang yang baru...

Huiiii......tajuk entri menakut kan sungguh! Takkan suami aku nak kahwin lain kot..?!?!? Hehehehhe....kalau betoi, ate apa gila aku nak post kat blog pulak? huiiishhhhh....mesti aku meraung giler!!!!!! So bukan cik abang aku yang gatai nak kahwin ye...!

Ni cerita merisik dan meminang sesuatu yang baru! Hahahaahhah merujuk kepada entri yang lalu, adalah dimaklumkan......huiiiii mcm tulis surat rasmi tu weh!!!!!

Kalau tiada aral melintang minggu depan rasmilah aku mendapat 'madu' baru setelah 'madu' lama diceraikan! kerana membuat hal, byk sgt meminta-minta, menyusahkan aku!!!! aku nyah kan nye! hehehehehehe dasat aku kan, huihhh bunyi mcm iron lady je! tapi kalau betoi mampus aku weh....! merana tuh!
hishh simpang malaikat 44!

so apa2 pun next entri aku nanti akan ku umumkan 'madu' baru ku! huhuuhu suka la suami aku tuh! 

Thursday, June 30, 2011

Kete tak Kenang Budi !!! Tak jaga Tuan !!!

Niat di hati nak bercuti bersama encik suami tapi...lain pulak jadinye percutian kami nih! 
everything tak menjadi dari mula lagi! Memula kamera buat hal....tetiba bateri dah expired! nak tukar baru kena order! aduhaiiiii! then....hotel pulak payah nak carik! aduh ingatkan pilih hotel tgh pekan senang nak berjalan, rupanya.....sesak nak mencari dgn keadaan jalan Melaka yang kecik dan asyik one way je kan. aduuuhhh! 
paling tak bleh tahan.....dan yang paling mencacatkan cuti ni ialah kereta! 


Boleh pulak kereta yang encik suami aku jaga bagai nak rak tuh...buat hal! gear tak leh masuk! clucth rosak ! mahai tuh nak repair!!!!!!!!!!!!! dah lah kat tgh tpt orang nih, sib baik tak berada atas highway lagi..kalau tak jenuh nak membayar duit tol truck lagi! sempat leh terhegeh-hegeh bergerak ke workshop kete di ayer keroh!


ni pun tgh menunggu kete tuh siap, ada lah aku jumpa CC belakang workshop. Dok lah kat sini....tu pun setelah aku melangut di workshop tuh 3 jam, baru tau ada cc kat belakang nih! kesian pulak en suami nunggu sorang di sana. 














Baik kedah nih....aku tukar kete baru! comfirm! MYVI baru! Lagi besttttt! hhahahaahahahahaha...nak beli yang besar lagi......nanti lari planning pulak. so....beli jelah MYvi yang monthly nye lebih kurang kete bengong tuh! Aku kesian dengan suami aku...dia punyalah menjaga kereta, cukup displin menjaga kereta tuh. Tapi jadi mcm nih jugak. Bukan sekali...dah byk kali dah kete nih buat hal, dari baru beli menyusahkan kami ! So Ahad nih...terus jual, tukar lain!!!!!!! padan muka ko, kete tak kenang budi!!!!!!

Monday, June 20, 2011

Lega...Kelakar..Lega...Bengong....Lega..!

Tak tau mana nak mula.....tapi satu perkataan yang sesuai utk saat ini ialah..LINDA LEGA, ABAH!!!! Abah?!?! heheheh dah jadi habit aku kalau ada masalah aku akan ingat abah. Abah jadi tempat aku mengadu, walaupun abah dah tak de, tapi kalau aku susah hati mesti aku cakap sensorang seolah-olah aku ngadu kat abah. Haaaii......entahlah hehehhehe!


Ok berbalik pada cerita yang membuat aku lega gila ni! Main point...pointer aku teruk! Macam orang bodoh gila pointer aku! memang aku rasa aku bodoh giler lah! Tapi kalau disingkap situasi sebenar....aku rasa aku memang PANDAI! Cuma...aku malas! Memang MALAS! heheheheh....teruklah ko linda! So bila pointer sudah teruk aku ....kena lah TERTAHAN 1. Yang mengakibatkan aku hanya boleh ambil 4 subjek sahaja, sedangkan aku ada 6 subjek yang belum diambil. Oleh demikian itu, memang aku dah sedia mental dan fizikal yang aku ni confirm akan kena extend lagi satu sidang yakni setahun. Teruk nye ko lindaaaaaa!!!! Ye ke aku teruk? Aku bukan teruk tapi aku malas! Aku bukan bodoh tapi aku tak reti buat banyak kerja dalam satu masa! LOMBAB yo la...! tapi bukan BODOH! hehehehehehehe! 


Nak cantik lagi cerita aku kena daftar lah....sidang akademik tahun 4. Dah aku confius nak ambik 4 subjek tu...subjek yang mana? Adddduuuuhhh...............!!!!!! Cam mana yek? Dateline daftar subjek esok nih! 21hb Jun huhuhuuhu........"Telefon Pengerusi Rancangan" kata penolong pendaftar subjek kat USM tu. Dengar je ayat tu...aku terkedu!! Penolong Pendaftar Rancangan...hhehehe Dr AZMAH!!! Mampus aku! Berdarah lah telinga aku mcm nih. Malu lagi...Takit lagi...Gila laaa...!!! By this time memang aku menyesal. Org lain menyesal time dapat result teruk , tapi aku....menyesal sebab kena call AZMAH! huhuhuhuh


Nak tak nak, aku kena call....nak habih study ke tidak wahai LNDA HUSSIN!?!?! empat kali aku call tak dapat! releks sattt......call yang kelima dia angkat! terkedu aku seketika nak nyusun ayat! Tapi suara ok je.....ok lah tu :)  Bila diterangkan situasi aku nih....dia komen:
EH SAYA TENGOK RESULT AWAK DEPAN SKRIN SAYA NI TIDAK LAH TERUK SGT. CUMA SUBJEK MINOR AWAK SAJA YANG JATUHKAN POINTER AWAK. 
waaaaaah.....rasa diri pandai pulak dah!!!! DR AZMAH cakap mcm tu ....pensyarah yang kedekut markah, yang membebel kalau assigmnet tak ikut syarat dia.., yang kalau tulis nota kaki kat assigment salah buh koma je, pun potong markah.......boleh kata gitu! kOMBANG aku wehhh! 
AWAK TAK DE MASALAH LAH NAK TERUS KAN SEMUA SUBJEK . 
pulakkk?!?!?!?! bila aku fikir dlm  masa 2minit tu.....aku decide 
DR,SAYA RELA EXTEND SETAHUN LAGI DARI RISIKO TAK DAPAT NAIKKAN POINTER THEN KENA TERTAHAN 2 PULAK. BIAR SAYA BUAT SIKIT2 DARI HABIS SEMUA TERUK RESULT KEMUDIAN NANTI. 
dia pulak terkejut......but she good! bagi aku adviced apa yang perlu dan tidak...dan bagi aku -ve or +ve sesuatu tindaklan yang aku buat. 


Dan yang paling kelakar tu.....bila dia tanya pasal MUET, aku kata hujung tahun ni baru nak ambik. Dah aku ada problem lain pulak! Problem yang paling kelakar! 
EH. SAYA TENGOK RESULT ENGLISH AWAK SGT BAIK. 'A' SETIAP TAHUN....LAA KALAU MUET AWAK DAPAT BAND 4, 5 ATAU 6 , AWAK KENA AMBIK SUBEJK ENGLISH 402 YANG LEBIH TINGGI! 
laaaaaaaaa.....pulak dah!!!! orang lain masalah english tak elok, tak dapat iktiraf ijazah! yang aku A english pun ada masalah jugak! hishhh linda !!!! lindaaaaa..! pelik lah ko ni! 


KALAU AWAK TAK AMBIK ENG402 NANTI IJAZAH AWAK AKAN DITAHAN KERANA AWAK TAK CUKUP SYARAT. JIKA MUET AWAK DAPAT BAND 4, 5 ATAU 6. 


dengan selamba aku kata...KALAU SAYA DPAT BAND 1,2 atau 3???


AWAK TAK DE MASALAH LA> TAK PERLU AMBIL ENG402 TU.


hahahahahhhahhahaha adik aku jua...nangis2 sebab dapat MUET teruk! (AKU pun tak dapat terima hakikat muet dia teruk sebab ENGLISH paling hebat engliash dia lah) tapi aku....kena dapat kan muet band 1, 2 atau 3 sahaja. Sebab aku malas nak ambik ENG402 tu! huhuhuhuhu ! LINDA....LINDA....!!! mcm mcm hal lah ko ni! 
SO keputusan nya....TH4 ni aku hanya daftar 4subjek. Aku tak buat projek tahun ni...sebab aku nak buat projek tahun depan. Biarlah sorang-sorang asalkan aku dapat concentrate naikkan pointer. Orang ijazah 4tahun , aku ijazah 5tahun! Org kata boleh buat 4th saja ko tak nak terima tawaran tu. 
 hehehehhheheh ....memang ko ni pelik. 


Bukan aku tak mahu terima, tapi ...aku tahu bagaimana dan setakat mana kemampuan dan kecerdasan otak aku untuk menghadapi banyak perkara dalam satu masa. Biar lah aku berdikit, biarlah orang nak kata aku ni tak pandai, biarlah orang nak kata , aku ni tak malu, atau pun....orang nak kata aku membazir masa dan duit tapi......asalkan aku dapat buat ikut apa yang aku mampu. Dan dapat perbaiki mana yang kurang . dan suami aku tak keberatan untuk aku sambung setahun lagi. Aku ...bersyukur. 


Sesungguhnya...Allah itu amat menyayangi aku. Aku bukan lah hambaNya yang sangat 'baik' , tetapi Allah itulah sentiasa melindungi dan memberi peluang untuk aku keluar dari apa jua masalah. 
Kata orang, Allah hanya menduga orang yang boleh mengatasi dugaan itu. Dan Allah menyayangi orang yang menerima dugaanNya. Dengan dugaan yang aku hadapi dari dulu hingga detik ini...aku sering tertanya....setakat mana kah kemampuan aku itu?? Aku akan hadapi apa jua dugaan dari Nya. 


Satu lagi....aku amat bersyukur kerana aku menguatkan diri aku untuk call Dr Azmah sebentar tadi. Jika aku tak call dia....aduhh mesti aku pulun nak bagi muet band bagus punya. hehehehe ! Dan Dr AZMAH itu bukan seperti yang di gembar gemburkan...dia tidak garang, dia tidak tengking, dia tidak tinggi kan suara. dia tidak membebel, malah dia mendengar dan memberi pendapat yang sewajarnya dari seorang pensyarah! Hey...she's good laaaa!!!! Baik ! Dan honestly...aku mengamalkan sikap berterus terang dengan dia......hinggakan aku cakap "TERIMA KASIH BYK2 DR. SEBENAR SAYA TAKUT SGT NAK CALL DR. SEBAB ORANG CAKAP DR GARANG. SAYA KETAQ NAK TELEFON DR SAT TADI. DAH LAH DENGAN RESULT SAYA YANG TERUK NI."
kesian dia.....mengucap panjang! kemudian dengar dia gelak ketawa. aku memang lega sesgt. bersyukur sgt2 . sebab aku call dia! aaahhhh..............! hanya Allah yang tahu setakat mana kelegaan aku ini ! 
Dia siap boleh puji aku sebab masa tahun2 aku score subjek dia. hahahahah memang pun! aku takut gila dengan subjek dia sebab orang kata dia cerewet gila! tapi...tak lah seperti yang orang cakap tu. 


Itulah cerita aku hari ini. satu tindakan yang membawa kepada ...perubahan yang baik untuk aku! Terima kasih DR AZMAH. Terima kasih , ABANG! dan sesungguh nya aku amat berterima kasih pada Mu Ya Allah. Amin~
'

Friday, June 10, 2011

Sedih sebab UMAR!

Jam dah pukul 1.36 pagi. Esok aku ada kelas tuisyen pukul 7.45 pagi. Tapi aku masih lagi tak tidur-tidur. Mengenangkan Umar. Budak kecik yang berhati macam orang tua. Kalau budak lain...mesti tindakannya berlainan. Nangis meraung-raung atau pun perengek-rengek. Tapi ...... budak Umar ni, memendam perasaan!
Macam orang tetua lah kamu ni Umar! 

Kan ke mudah kalau Umar bersikap macam budak-budak kalau sedih. Tak payah la nangis sorang-sorang...nangis sorok-sorok...sebab rindukan Mama. Memang kamu ni anak Mama sungguh! Degil, suka pendam, keras hati. Mak inda pulak yang sedih kat sini......nangis sorang-sorang mengenangkan Umar yang rindukan Mama. 

Selalu yang aku dengar ...mak rindukan anaknye. Sedih sungguh si mak sebab berjauhan dengan anak. Tapi dalam kes Umar ni...lebih sedih sebab bukan hanya Mama dia je yang rindu sesangat kat Umar, tapi si Umar ni memendam rasa rindu dengan cara yang .......tak terjangka! Suka nangis senyap...sebelum tidur, sambil sebut Mama. Tau-tau air mata saje yang mengalir....ishh...!!!! Bila masalah adik-adik aku nih nak selesai?
Lepas sorang....sorang...! 

Ya Allah...walaupun dugaan untuk aku sememangnya hebat. Tapi engkau permudahkanlah hidup adik-adik aku terlebih dahulu. Supaya senang hati mereka dan mak aku. Walaupun aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya, namun si kecik tu terlalu kecik untuk mengalami perasaan seperti itu Ya Allah. Kesian dia Ya Allah......Kesian Umar Mak Inda! Jangan la nangis ye.......

Thursday, June 9, 2011

Mode : Memerhati...

Orang mcm aku boleh memerhati dan membanding dalam diam. Sebab aku lain dari mereka. Kenapa aku lain...adalah ..heheh! 
Bila aku berlainan...aku boleh membanding! 
Perkaranya sangat simple....

Situasi 1:  Seorang opah menyatakan tekaknya berasa haus. Di sekelilingnya ada anak cucu...ramai. 
Sadisnya:  Tiada seorang pun yang mahu bangun untuk mengambilkan air untuk opahnya. Mahupun cucu atau pun anaknya yang sudah menjangkau pertengahan usia itu. Si anak yang sudah beranak pinak itu , tidak pula meminta anaknya (si cucu2) untuk mengambil air utk opah mereka. 
Akhirnya : Si opah memerhati sekeliling , ada sebotol air yang setengah penuh di atas meja. di tanya air siapakah itu? tiada siapa yang tahu....lalu si anak berkata " Eloklah tu kot...minum je lah air tu." Maka si opah tadi terus minum. 

Situasi 2:  Anak-anak berusia 3 hingga 10 tahun bermain di dalam rumah yang mengadakan keramaian. Melompat diatas kerusi. Hampir rosak perkakasan rumah .Bersepah rumah orang dibuatnya. 
Sadisnya:  Tiada seorang pun mahu melarang atau menegur. Mak bapak pak cik makcik sepupu? langsung tiada respon, membiarkan sahaja! Kenyataan yang keluar " budak2 memang mcm tu...budak aktif bagus!"
Akhirnya:  Tertumpah air dan bubur di atas sofa tuan rumah. Tuan rumah? Nak kata apa....bukankah ini hari keramaian yang dia sendiri anjurkan. Tiada juga tindakan dari mak ayah untuk mengelap atau mencuci tangan anak mereka. Tuan rumah juga yang mengelapnya.

Situasi 3:  Ada yang cedera, perlu perhatian. Perlukan tindakan segera.  
Sadisnya :tiada siapa yang benar-benar nak bertindak dengan betul hanya acuh tak acuh. malahan kata2 yang keluar dari mulut juga seolah-olah mempermainkan org sakit itu. Hanya yang terdekat sahaja yang risau. Yang   lain hanya mempermainkan, alasan untuk tidak menegangkan suasana. Itu salah! Orang sakit perlu perhatian dan tindakan yang betul, agar selamat! Bukan dipersendakan!
Akhirnya:   Orang yang memberikan perhatian dan tindakan , dipandang....beria!aduhhhhh!!!!!!! 

Situasi-situasi ini membawa ingatan aku kepada MAK. Mak aku ajar aku dengan sangat baik. Kami dibekalkan dengan didikan yang sangat bermakna untuk diperturunkan kepada generasi seterusnya. Berbeza sungguh........Alangkah indah didikan mak untuk Linda, mak! Anak mak boleh membanggakan mak hanya dengan hasil didikan mak, tak perlu duit ringgit yang berkepuk-kepuk ditabur, disogok untuk mendidik anak, cukup hanya didikan dan perasaan kasih sayang dan pandai menghargai orang lain. 

Tidak perlu duit untuk membuatkan kami tujuh beradik sayangkan mak. Tak perlu menjanjikan kebendaan untuk kami menuruti arahan dan larangan mak.  Cukup dengan tanggungjawab yang telah mak laksanakan dengan menjaga, mendidik, membesar dan menyayangi kami. Kami amat sayang mak! Terima kasih abah! 

Garang mak abah membawa erti yang besar pada kami tujuh beradik! Linda juga boleh menjadi kakak sulung yang sangat menyayangi adik-adik.  Linda juga berusaha sedaya upaya menunaikan tanggungjawab sebagai kakak sulung dengan sebaik mungkin. Semua hasil didikan mak abah. Biarlah anak2 sedara Linda dapat didikan seperti kami. Biarlah susah dulu....tapi kita senang kemudian dan sedar diri dan pandai menghargai.
Linda harap kami tujuh beradik dapat membuatkan mak rasa bangga sebagai mak kami! 


Ada sesuatu yang ingin dikongsi..tunggu!

Tuesday, June 7, 2011

Gembira nye mendengar lagu ini......

Wah tak sangka sodap jugak lagu ini......nanti mesti pandai nyanyi lagu nih!
hihihi......! La la la la la la la la la la...!

Monday, June 6, 2011

hehhehe....the NEW SOUL!!!! Lagu blog aku !

Lagu ni dah lama dah...since tahun 2009 tak silap aku. Lagu ini digunakan untuk Apple iklan MacBook deme.
. La la la la la la la la la la la la la la...


New Soul  - 
Yael Naim

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit 'bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)

See I'm a young soul in this very strange world
Hoping I could learn a bit 'bout what is true and fake
But why all this hate? try to communicate
Finding trust and love is not always easy to make

La, la, la, la (21x)
La, la, la, la (21x)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/y/yael_naim/new_soul.html ]
This is a happy end
Cause you don't understand
Everything you have done
Why's everything so wrong

This is a happy end
Come and give me your hand
I'll take you far away

I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit 'bout how to give and take
But since I came here, felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake

New soul... (la, la, la, la,...)
In this very strange world...
Every possible mistake
Possible mistake
Every possible mistake
Mistakes, mistakes, mistakes...

Nice ..... kena beli nih!!!!

Open Season

Be careful what you wish for....
On her thirty-fourth birthday, Daisy Minor decides to make over her entire life. The small-town librarian has had it with her boring clothes, her ordinary looks, and nearly a decade without so much as a date. It's time to get a life -- and a sex life. The perennial good girl, Daisy transforms herself into a party girl extraordinaire -- dancing the night away at clubs, laughing and flirting with abandon -- and she's declared open season for manhunting. But her free-spirited fun turns to shattering danger when she witnesses something she shouldn't -- and becomes the target of a killer. Now, before she can meet the one man who can share her life, first she may need him to save it.



                              The Search

                                                 by Nora Roberts



To most people, Fiona Bristow seems to have an idyllic life — a quaint house on an island off Seattle’s coast, a thriving dog-training school, and a challenging volunteer job performing canine search and rescue. Not to mention her three intensely loyal Labs. But Fiona got to this point by surviving a nightmare.

Several years ago, she was the only survivor of a serial killer — a madman who stalked and abducted young women, strangled them, and left them buried with a red scarf on their bodies. As authorities were closing in on the Red Scarf Killer, he shot and killed Fiona’s cop fiancĂ© and his K-9 partner.
On Orcas Island, Fiona has found the peace and solitude she needed to rebuild her life. Yet all that changes on the day Simon Doyle barrels up her drive, desperate for her help. He’s the reluctant owner of an out-of-control puppy, foisted upon him by his mother. Jaws has eaten through Simon’s house, and he’s at his wit’s end.

To Fiona, Jaws is nothing she can’t handle. Simon is another matter. A newcomer to Orcas, he’s a rugged and intensely private artist, known for creating exquisite furniture. Simon never wanted a puppy, and he most definitely doesn’t want a woman. Besides, the lanky redhead is not his type. But tell that to the laws of attraction.
As Fiona embarks on training Jaws and as Simon begins to appreciate both dog and trainer, the past tears back into Fiona’s life. A copycat killer has emerged out of the shadows, a man whose bloodlust has been channeled by a master with one motive: to reclaim the woman who slipped out of his hands. . . .

Monday, April 11, 2011

Tuesday, February 22, 2011

surfinggg....

Melihat dan membelek blog2 orang. Wah...hebat nye!!!! macamana mereka ni design and buat blog tu sangat menarik. especially...blog DAPUR TANPA SEMPADAN. menarik sungguh......isi nye pulak jgn cakaplah. memang best sesgt. Blog pn dahlia....MENGEMAS RUMAH. satu blog yang yang memang berguna untuk prang mcm aku ni. tak sangka ada jugak orang boleh menyampaikan ilmu yang apada sesetengah orang adalah amat mudah, tapi pada aku...ianya bukan sesuatu yang mudah jika malas mcm aku! hihihi so blog Pn Dahlia itu memang sgt-sgt istimewa buat aku!

Sunday, February 6, 2011

Mencuba untuk Ber'Blog".

Semua orang asyik ber'blog' sekarang ni. 
Saya? Ingin mencuba..sebab saya punya hasrat untuk membina blog untuk sekolah saya. 
Kasihan sekolah saya....selalu ketinggalan. Oleh itu teringin di hati ini untuk melakukan sedikit perubahan jika mampu. Saya cuba blog saya terlebih dahulu.