CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 11, 2012

Anak...

Anak....
Baru sebentar tadi menonton Documentary Siti Nurhaliza. Hati ini terusik bila di akhir slot itu dia dengan penuh harapan berharap akan mempunyai anak dengan suaminya.
.....speechless!........hanya air mata yang bergenang.........

Tak pernah sekali pun aku meluahkan apa yang terbuku dihati tentang anak. Sebab..?!?!?
Perkara ini memang berat untuk aku fikirkan. Bila ia bermain di fikiran ,cepat-cepat aku alihkan fikiran ke tempat  lain kepada perkara lain.

Apa lagi nak aku tulis tentang ini.....dalam kepala ..hehehe macam -macam yang berlegar-legar untuk diluahkan. Tapi ..............biarlah ia terus berada dalam hati ini. Aku tidak mahu ia menjadi beban kepada orang-orang yang aku sayang. Aku tidak mahu mereka susah hati. Aku tidak mahu mereka risau. Selagi mereka melihat aku kuat, aku ketawa , dan aku gembira....mereka tidak akan susah hati.

Suami aku?!?! Biarlah hanya aku yang menghadapi nya. Hingga kini aku tahu dia sayangkan aku. Aku bersyukur..dia mengambil berat tentang aku. Tapi sampai bila......entahlah. Aku hanya berharap yang terbaik untuk aku dan dia. Bagaimanakah yang terbaik itu? Biar Allah yang menentu kan.

Aku?!?!? Akan tetap terus ..tidak akan menyusahkan hati orang-orang yang aku sayang. Aku akan kuat untuk mereka. Agar mereka tetap senang hati. Memang aku sudah biasa begitu...mungkin aku dilahirkan untuk menjaga mereka...dan itu yang aku rela dan sangat bangga lakukan.