CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 16, 2018

Just a looooonngg time.
Hari ini 17.11.2018
Last 2012......6 years ago. Macam2 yg telah berlaku..macam2 yang telah berubah.
Memang aku tahu blog ini bukan ada pengunjungnya. Tapi....bagus juga untuk menulis di sini. Meluah apa yang meruntun di hati.
Hei....i have a son. He is our little hero ADAM LUQMAN LATIF B. ABDUL RAHMAN
Allah bukakan pintu hati seorang insan utk memberi aku peluang menjadikan aku seorang MAMA.
Dan.....byk pengalaman yg aku tempuhi.
Akukan ke anak sulung mak dan abah yang kuat dan tabah.
Anak kami menghidap kanser hati stage 3 ketika dia berumur 1 tahun 4 bulan. Hidup alu dan suami berubah. Dan....hubungan kami semakin kuat sejak ada Adam dan bertambah kuat sejak Adam jalani kimoterapi.
Dan kini Adam sihat....sudah 4 tahun free dari kanser durjana. Adam dah ke pra sekolah.
Aku merasai semua ug ibu2 lain rasai....dalam membesarkan anak. Dan Allah berikan lebih lagi pengalaman agar aku suami dan anak rasa lebih istimewa. Sakitnya itu bukan musibah...tapi hikamh yang merapatkan aku dgn suami dan menj!
adikan aku lebih rapat dengan Adam. Allah itu hebat!

Namun.....malam ini...atau beberapa bulan kebelakangan ini. Setelah hiduo kami kembali normal setelah Adam sihat. Aku mula merasakan sesuatu.......
Dulu aku tidak peduli dan tidak terlintas di hati.
Aku mula rasa kurangnya aku sebagai seorang perempuan dan isteri kerana aku tidak pernah mengandung dan melahirkan anak utk suami aku. 😦☹

Tiba2 perasaan itu datang.....
Aku tak sangka apabila umur aku sudah mencecah 40th aku akan rasa seperti ini.

Aku rasa terkilan....rasa rugi..tidak bertuah kerana....
1. Aku tidak akan pernah mendapat pandangan penuh kasih dan berterima kaaih dari seorang suami yang memandang isterinya yang sedang mengandungkan anaknya.
2. Aku tidak akan pernah mendapat penghargaan dan dihargai oleh suami aku kerana melahirkan anaknya.
3. Aku tidak akan pernah mendapat pengorbanan dari suami aku kerana berterima kasih melahirkan zuriatnya. Pengorbanan dari dia yang aku terima hanyalah.....terus hidup dengan aku yang tidak melahirkan zuriatnya. Dan itu adalah pengorbanan seorang lelaki paling besar yang perempuan tidak dpt sangkal....dan membuatkan dia tidak layak utk menerima pengorbanan yang lain.
4. Aku tidak akan pernah dapat pandangan kasih dari suami aku yang tersenyum kerana bakal menjadi bapa.
5. Orang sering berkata...hargailah isteri kamu kerana dia telah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatmu...
Tapi aku....?!?!?
Bila usia perkahwinan makin bertambah...usia semakin byk....hati aku semakin terusik.
Melihat orng mendapat perhatian lebih dari suaminya.....suami sanggup buat apa saja...berkorban utk isteri...dan isteri boleh meminta minta.....kerana isterinya melahirkan anaknya.
Tapi aku....?!?! Tak layak utk itu semua sebab aku tidak melahirkan anak.

Jika sesuatu terjadi.......apa nilai yang tinggal utk diri aku...utk dikenang oleh suami aku?
Apa yang suami aku akan rasa? Akan fikir dua tiga kali utk aku?
Tiada.

Ini lah nasib Linda.....
Aku tidak merasai kasih..sayang...penghargaan...dari suami aku seperti mana perempuan lain dapat.
Aku hanya perkara yang telah terjadi dan susah untuk dibuang....dan terpaksa dia simpan dan hadapi hingga selama mana dia mampu.
Tiada istimewa nya aku di mata suami aku kerana aku tidak boleh memberikan dia seorang anak.

Sakit hati ini bila....kita tahu kita tidak istimewa sbg seorang perempuan pada suami kita sendiri.
Sedih hati bila...suami kita memandang perempuan lain yang tersenyum memegang perut yang sarat mengandung.
Pedih lagi hati ini bila......kita tahukita tidak ada peluang bermanja dan dimanjakan kerana kita sedang mengandung. Di belai dan ditatang bagai minyak yang oleh suami kita.
Sanggup melakukan apa saja demi isteri yang sedang mengandung.

Aku tak dpt semua tu dari suami aku.!!!

Sebab aku tak layak...aku tidak layak dalam semua hal......kerana aku bukan seorang perempuan yang sempurna.
Jika suami aku menyayangi aku sepenuh hatinya pun....tapi aku tetap tidak akan dapat semua keistimewaan itu.
Kerana aku bukan perempuan sempurna.

Betapa ruginya aku.......
Betapa aku inginkan kasih sayang itu...
Betapa aku mahukan pandangan lasih itu..
Betapa aku mahukan pengorbanan itu....

Tapi semua itu bukan untuk aku!

0 comments:

Post a Comment